2009 Okt 10

.:: Pemohonan masuk INSTEP ambilan Jan 2010 ::.

0 comments

ALAMAK...Permohonan untuk masuk INSTEP kembali lagi....cepat sblm permohonan di TUTUP....


Tarikh Iklan : 11 Oktober 2009 ( Ahad )
Tarikh Tutup Permohonan : 20 Oktober 2009 (Selasa)

Akhbar :-
Ø Mingguan Malaysia (Utusan Malaysia)
Ø Berita Minggu (Berita Harian)
Ø Harian Metro
Ø The Star
Ø Daily Express
Ø Borneo Post
Ø Eastern Times


Permohonan hendaklah dibuat secara ’online’ dengan mengisi borang permohonan di
http://www.instep-petronas.com/


Sila hubungi talian Petronet: 8-144-6134/6135/6150 atau 09-668-6134/6135/6150 untuk maklumat lanjut.




P/S: harap2 dapat lagi jadi interviewer...ehehehehe




2009 Okt 3

.:: Selamat Hari Raya...Maaf Zahir Batin ::.

1 comments
ALAMAK...lama tak berblog....hampir sebulan tuh....nih dah masuk 14 syawal dah....tak menyempat nk ucap selamat hari raya...huhuhuhu...tak dop apo...tapi aku harap sempat lagi kot...yang aku nk ucap SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR DAN BATIN...


raya tahun nih aku beraya di rumah mertua ku pada raya pertama kat paasir pekan....biasa nyer raya kat umah mertua aku nih aktiviti pertama selepas semayang raya adalah ziarah kubur ayah mertua ku yg tak pernah aku borak ngan dia...semoga ALLAH letakkan dia di tpt bersama2 orang2 yg berjihad di jalan ALLAH....kemudian baru lah berkunjung ker rumah saudara mara sebelah isteri aku....rumah yg tak pernah miss adalah rumah yg berdekatan ngan masjid pasir pekan kat kampung surau....barulah ke rumah2 yg lain...tengah hari baru ada kat rumah...petang baru lah aku ke rumah mak aku....


begitu lah raya aku setiap tahun...bergilir2 raya pertama...tahun nih raya pertama di rumah mertua aku...tahun depan rumah mak aku...dan begitu lah seterus nya....kira ok lah....walau apa2 pon....RAYA mmg BEST...:)

2009 Sep 17

.:: Qunuuuuuuut ::.

0 comments



Nota Kaki : Nih akibat nye kalu silap pilih guru....huhuhuhuhuhuh

2009 Sep 5

.:: Kerja Part-Time ::.

1 comments

ALAMAK....aku terkembali ke blog aku...lama aku tak update blog aku...tapi aku sentiasa jenguk...sekadar jenguk jer....tapi kali nih aku terpaksa mengupdate blog aku...sbb aku nk mengepeng (mengiklan) sket....lani aku nk aktif balik jadi perunding kewangan Public Mutual...dulu aku aktif jugak...setahun jer...bila start ker kat PETRONAS...aku mula rasa tak sempat nk fokus kat Public Mutual....mungkin baru nk belajar adapt suasana di tempat kerja...amik masa jugak lah...tup tup...terus terlupa kat PM...huhuhuh...dan sekarang aku sudah serasi dengan keadaan kerja aku...dan aku rasa macam banyak masa terluang...so mungkin kali nih dapat aku fokus kot...insyaaa allah...


Jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut...bulih lah layari blog khas ni alamat nih... my-unitamanah.blogspot.com

2009 Ogos 25

.:: Salam Ramdhan ::.

0 comments
ALAMAK...bulan ramadhan sudah tiba...tapi aku lambat lak posting kat blog aku...maka untuk tidak melengahkan masa lagi...aku ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat ISLAM di atas muka bumi nih...harap2 puasa kali nih dapat redha dari ALLAH...insyaa allah...jadi aku lampirkan jadual harian untuk bulan ramadhan...semoga dapat kita sama2 ikut agar puasa kali nih bukan puasa lapar dan dahaga sahaja...tetapi berpahala...)

_______________________________________________________________

4.00 pagi
1.Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa:
“Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadanyalah aku akan dikembalikan.”
2.Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.
3.Mandi dan membersihkan diri.
4.Mengambil whudu' dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.
4.20 pagi
1.Solat sunat TaubatRakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua
selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.
2.Solat sunat Tahajjud.Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
3.Solat sunat HajatRakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali Selepas Al-Fatihah Rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.
4.Solat sunat WitirSelepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.
5.00 pagi
1.Makan sahur
2.Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.
5.30 pagi
1.Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.
2.Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan.
7.00 pagi
1.Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik.
2.Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA, Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW samada menyebutnya atau di hati.
3.Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggung jawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.
10.00 pagi
1.Sembahyang sunat Dhuha, Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau istiqamah diamalkan.
2.Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia. Contoh dosa-dosa : Mengumpat mengutuk,menyindir yang menyakitkan orang,bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan kerja
12.45 tengah hari
1.Bersiap untuk solat Zohor.
2.Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
3.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
4.15 petang
1.Bersedia untuk solat Asar.
2.Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
3.Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA
5.30 petang
1.Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!
6.30 petang
1.Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW :
"Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga",
merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.
2.Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka :
“Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka.”
3.Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak.
4.Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat.
8.00 malam
1.Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Taraweh2.Cuba pertahankan solat taraweh walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)
11.00 malam
1.Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
2.Berniatlah untuk puasa esok hari.
3.Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
4.Bacalah doa tidur :
"Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur."
dihantar oleh: easya

2009 Ogos 17

.:: Selamat Ulangtahun yg ke 35 tahun ::.

4 comments

ALAMAK...lama aku nk berkokok dalam blog....bukan apa...ralit sgt duk main cashflow 101 e-game...seronok gak lah main game tuh....byk jugak lah aku belajar....cashflow 101 nih mengajar berkenaan fundamental untuk jadi pelabur....utk menjadi financial freedom, aku kena pastikan aku nyer pasif income melebihi aku punyer aaktif income skang....mcm mana nk buat pasif income tuh....berdasarkan cashflow 101, ia mengesyorkan beli dan sewakan hartanah, melabur di unit trust, pelaburan bursa saham dan memiliki bisnes....jadi aku akan cuba ikut saranan tuh...tapi skang duit tuh tadak lagi lah...tak mampu lagi...insya allah aku cuba untuk mengkaya diri ku dan sekaligus dapat lah aku nk bagi sumbangan tanpa fikir panjang kepada orang memerlukan dan memperjuangakan di jalan ALLAH...insyaa allah....:).......dan skang aku baru sudah download cashflow 202 yg fokus kepada menjadi teknikal investor....nampak gaya mcm lama plak lah aku tak berblog nnt...huhuhuhuhuhuhuh



Terlupa laks....tajuk utama posting aku kali nih adalah aku nk maklum kan kepada yg tidak mengetahui bahawasa nya hari nih, 17 Ogos 2009 adalah tarikh ulangtahun penubuhan PETRONAS yg ke 35....ini bermakna PETRONAS di tubuhkan pada 17 Ogos 1974....aku pon baru tahu hari nih...jadi aku nk share lah kpd semua yg baca blog aku nih...ehehehe tambah lagi general info korang....walaupon aku baru jer kerja selama 1 tahun 7 bulan 17 hari dengan PETRONAS...baru jer setahun jagung...tak pernah merasa perit dalam membangunkan PETRONAS...ingin aku mengucapkan SELAMAT ULANGTAHUN YG KE 35....semoga PETRONAS maju jaya....tahun buat untung lagi untuk Agama, negara dan bangsa....harap2 dapat jadi permenant staff tahun depan....insyaaaa allah.....(nk nyanyi sket lagu PETRONAS....:))
PETRONAS MAJU JAYA

KEMEGAHAN NEGARA KITA

SEMERBAK NAMA SELURUH DUNIA

PETRONAS MAJU JAYA



CITA RAKYAT KAMI PEGANG TEGUH

AMANAH NEGARA DIPATUH

KAMI USAHA SETULUS HATI

CEKAL TABAH IKRAR KAMI



KAMI BERJUANG BERGANDING BAHU

ERAT MUAFAKAT BERSATU PADU

MOHON RESTU ALLAH YANG ESA

MALAYSIA MAKMUR SEJAHTERA



PETRONAS MAJU JAYA

KEMEGAHAN NEGARA KITA

SEMERBAK NAMA SELURUH DUNIA

PETRONAS MAJU JAYA!!!












2009 Jul 29

.:: 29 tahun ::.

5 comments
ALAMAK..hari nih genap umur 29 tahun....udah tua rupa nyer aku...tapi perangai mcm budak2...mungkin aku duk berkawan ngan geng2 umur 25yahun...jadi aku rasa mcm umur 25tahun lah..huhuhuhu...

29 tahun nih satu tempoh agak lama jugak lah...dari dilahirkan dari perut ibuku...kemudian bulih berjalan...belajar di taski al-hilal...masuk sekolah rendah..(3 buah sekolah rendah dah aku pernah rasa...sekolah rendah kebangsaan sultan ismail 1 dan 2 dan satu lagi sekolah rendah islam al-hikmah tanjung mas)...masuk sekolah menengah di sekolah maahad muhammadi lelaki smpi tingkatan 5...(di situ lah aku belajar asas ilmu agama sebagai bekalan smpi ke hari nih)...lepas tuh masuk matrikulasi di USM induk...(disana aku ada ramai secret admire...mmg peristiwa yg menggelikan lah...tapi seronok...sbb sentiasa dapat mkn kek free...ehehehehe)....then masuk USM nibong tebal amik kursus kejuruteraan kimia...(tpt baru kenal nk bergewe...tapi tak reti...dah ada gewe last skali putus jugak...tup2 kawin ngan biniku skang tanpa bergewe...alhamdulillah rasa bahagia jugak...moral kat sini...cinta lepas kawin lagi best..ehehehehehe)...bila habis sambung belajar ke peringkat master...last sekali dapat kerja kat INSTEP...:)

bulih tahan jugak perjalanan hidup aku...dan aku rasa tidak diuji lagi akan kesusahan hidup...sbb tidak mengganggap kesusahan tuh adalah kesusahan...tetapi aku rasa ALLAH telah uji menggunak kaedah lain yang mana aku tewas ketika tuh...huhuhuhuh...kini aku ingin cuba merubah diriku kearah mendapat keredhaan NYA....semoga aku dapat menghadapi ujian2 ALLAH selepas nih...insyaa allah..

Sempena ulangtahun kelahiran aku ke 29 hari ini...aku telah dikejutkan oleh biniku...setiba aku dirumah setelah pulang dari kerja...kek birthday, buahan2, kerpok lekor dan makaroni sup sedang menunggu aku...huhuhuh...mewah rasa nyer makan harituh...tapi yg paling aku terharu.....aku dapat jam tangan...huhuhuhuhu...jam tangan hari jadi....ehehehe....lama tak merasa hadiah hari jadi...nih lah hadiah pertama yg akan aku jaga sepnuh juwa dan raga aku....terima kasih sayang...I luv u so much....muaaah...(eh...terlebih sudah...:) )




2009 Jul 20

.:: Ubah gaya hidup?? ::.

3 comments
video

2009 Jul 14

.:: Akhir nyer Parti penegak Islam Menang ::.

0 comments
ALAMAK....akhir nya tamat sudah satu lagi babak drama yg menceritakan berkenaan pilihanraya kecil di Manek Urai....Tahniah aku ucapkan kepada parti yg berjaya meraih kepercayaan rakyat MU...semoga YB yg menang dapat mencurahkan bakti dan jangan membuat para pengundi kecewa kepada pilihan mereka....

Alhamdulillah pilihanraya kali nih telah berakhir dengan baik...tanpa kekecohan yg melampau...walaupun ada sedikit...tapi itu adalah perkara biasa...cuma media jer suka sangat membesar2kan isu yg kecik....apa yg menarik perhatian aku utk pilihanraya kali ini adalah majoriti yg dimenangi oleh PAS sgt kecil...iaitu 65 undi....kalau dibandingkan dengan pilihanraya yg lepas dimana majoriti nya besar laa jugak....dalam lebih kurang 1200 undi...jauh beza nya...jadi aku tertanya2 lah....kenapa jadi begini?...adakah para pengundi semakin tidak mempercayai kepimpinan yg sedia ada?...atau ada pengundi HANTU?....bagi pendapat aku pimpinan PAS kena muhasabah balik kot...kenapa majoriti nih semakin merosot...kena wat analisis terhadap apa yg telah berlaku.....maka lepas nih kena kerja keras laa...supaya rakyat manek urai khusus nya dan rakyat MALAYSIA am nya percaya dan yakin akan kerajaan yg berdasarkan ISLAM...insyaa allah...mari la pakat menyokong kerajaan yg ingin menegakkan ISLAM...

P/S: aku tak turun PRK kali nih...mungkin terlalu sibuk dengan urusan dunia....aku hanya mampu melepaskan isteriku pergi berjuang bersama2 Team IT muslimat selama seminggu....harap permission yang aku berikan kepada isteriku utk PRK N.41 kali nih diterima ALLAH...insyaa allah...:)

2009 Jul 9

.:: Berapa PETRONAS untung nih ::.

5 comments
ALAMAK...ari nih aku berblog lagi...ingat malas nk posting arinih...mugo takde letrik kat umah mak aku nih...tgh duk rilek2 sambil2 baring2...teringat ko broadband hakmilik bini aku...jadi apa lagi...teringin lah nk berposting kat blog aku nih yg serba baru nih...ehehehehe...

Kali nih aku nk share berkenaan laporan pendapatan PETRONAS pada tahun 2008/2009 secara general lah..kali nih keuntungan bersih (NET PROFIT) nya hanya lah RM52.5 billion jah....turun sebanyak 13.9% dari tahun lepas....tahun lepas banyak sikit jer...hanya RM61 billion..tetapi pendapatan (REVENUE) yg diperolehi oleh PETRONAS meningkat sebanyak 18.4%....iaitu dari RM223.1 billion (2008) kepada 264.2% (2009)...mungkin penurunan harga minyak ari tuh menyebabkan keuntungan yg di terima tak sebyk peningkatan pendapatan yg diperolehi...

Nak tahu tak berapa PETRONAS bagi kepada Kerajaan Persekutuan?.......PETRONAS bagi kat Kerajaan pimpinan Abe Najib kito sebanyak RM74 billion...fuh...banyak tuh...tahun lepas aku tak berapa ingat berapa diberikan kepada Kerajaan Malaysia...jadi bila dikumpul2 kan dari tahun 1974...Kerajaan Malaysia sudah menerima sebanyak 471.3 billion dah dari PETRONAS....besar sumbangan PETRONAS ke rakyat Malaysia...aku pon kerja di INSTEP (salah satu anak syarikat PETRONAS) pon rasa bangga jugak lah (bukan riya' des) kerana dapat jugak memberi sumbangan kepada sejahteraan rakyat Malaysia nih (walaupon untung tak sampai tahap billion pon...setakat million jah...huhuhuhu)....dan berharap sebagai rakyat Malaysia agar kerajaan kito tidak menyalahguna akan wang rakyat nih...bukan senang nk bulih untung byk nih....kena kerja keras jugk lah...(kerja aku mengajar jer....kira kerja keras jugak kot....ehehehehe)...

PETRONAS tak lupa Royalti kat negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak yang masing2 dapat RM3 bil, RM0.9 bil dan 2.3 bil.....harap2 lepas nih negeri tersebut akan memaju negeri masing2...bukan mengkaya sekelompok manusia sahaja....Royalti di Kelantan tuh aku tak berapa pasti dier punyer penjanjian...tuh kena tanya Kerajaan Malaysia ngan PETRONAS...aku hanya pekerja sahaja.

Jadi mari lah kita pakat isi minyak PETRONAS...minyak buatan malaysia...demi kesejahteraan negera kita...kearah negara berkebajikan...insyaaa allah....:)

P/S: bayangkan lah berapa bonus staff PETRONAS dapat...huhuhuhu...walaupon aku kerja kontrak jer...tahun lepas aku tak dapat rasa....jadi harap2 bulih lah merasa bonus tahun nih...sebulan dua pon jadi lah......huhuhuhu
 

BudakBaik Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template